Sabtu, 12 Mac 2011

kata-kata buat tatapan kalian......

Bismillahirrahmanirrahim..
Ujian itu adalah tarbiyyah kehidupan malahan dengan ujian itulah kita kenal erti kehidupan..
Ketahuilah bahawa ujian itu tanda Allah swt menyayangi diri kita krn itu Dia menurunkan ujian agar kita tidak terus tersesat didalam kegelapan..
Tika Dia menghulurkan cahaya kegemilanganNya dikala kesusahan, sambutlah ia dgn penuh mesra sambil mengucapkan “Alhamdulillah”
Sesungguhnya buat mereka yang bersyukur dan redha apa yang ditetapkan keatasnya, dijanjikan seribu kemanisan iman malahan dibalas pula dengan syurga..
SubhannAllah, sayangnya Allah pada kita.. Malahan Allah tidak pula kenakan charge atas apa yang Dia lakukan.. sekiranya ada, bagaimana hndk kita bayar sedangkan diri kita sendiri hanya sehelai sepinggang..

Tahukah anda..???
Bahwa ujian itu ibarat mendung yang ada bersamanya hujan.. dan qalbi(hati ) itu ibarat taman bunga yang indah dihati kita..
Takala sang mentari memancarkan sinarannya, bunga2 kelihatan ceria namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka layulah bunga..
Kerana itu hadirnya mendung buat menyuburkan bunga-bunga itu.. dan selepas mendung itu menyudahkan tugasnya, Allah hiaskan taman kita dengan pelangi yg indah nan bersemi..
Begitu jualah dengan kehidupan kita.. sekiranya nikmat itu berlanjutan,maka ramailah manusia yang lalai dan alpa.. 
Manusia itu tidak akan terlepas daripada kealpaan dan jua kelalaian..kerana itulah Allah menghadirkan mendung(ujian) buat cahaya bagi mereka yg meraba-raba mencari kebenaran didalam kegelapan..
Kerana dengan ujian itulah Allah ingin kita tetap didalam keimanan yang tinggi.. subhannAllah~! Bertapa indahnya ujian itu..
Maka, sekiranya hadirnya suatu ujian itu.. janganlah menyalahkan takdir tetapi bersyukurlah kerana Allah masih lagi ingat akan diri kita dan ingin kita terus di atas jalan yang benar..
Marilah sama-sama kita istiqamah diri kita takala ujian hadir melabuhkan tirainya dengan menyambutnya penuh mesra sambil mengucap “Alhamdulillah”..
Wallahua’lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan